Target Dan Misi 2015

Segala puji-pujian bagi Allah,Perginya 2014 membawa perubahan yang terkesan dalam diri kita,Sama ada kita sedar atau tidak.Tahun 2015 telah datang kepada kita,adakah membawa perubahan dalam diri kita atau sebaliknya.Cuba kita refersh balik apa yang kita dah capai dan belum.Kita rasa dah boleh tick atau belum apa yang kita dah capai dalam 2014.

Banyak jugak pengalaman manis dan pahit yang saya bersama isteri dah lalui.Ibu mentua saya sakit pada awal Januari 2014.Onthespot terus balik kampung sebab risaukan keadaan
ibu mentua.Semua satu keluarga balik.Haru biru rasanya.

Sekejap masa berlalu dengan pantas,dalam tahun ini juga kami suami isteri bertekad untuk mulakan bisnes dengan produk kesihatan.Saya ingat lagi masa tu bulan puasa kami betekad untuk menukarkan status kewangan kami kearah lebih baik.Selesaikan semua pemiutang yang ada.

Bulan 4 2014 tarikh aniversry bersama isteri tercinta.Tak pernah buat makan-makan macam
ni.Ala-ala romatis.Untuk semaikan cinta kami suami isteri.Baru berusia 2 tahun perkhawinan kami.Moga kami terus tabah,sabar dan berusaha kearah keredhaanNya.

DSC00302

Target 2015

Bila kita dah sampai tahun baru semestinya kita ada azam baru dan cita-cita baru.Mungkin 2014 banyak yang kita dah belajar dan berfikir apa perubahan yang kita mesti buat.Kita masih ditakuk yang sama atau sebaliknya.Jadikan kita istimewa,sebab tuhan ciptakan kita ada kelebihan dan kelemahan tersendiri.Jadi tahun ini 2015 ini target saya.

Target #1 Selesaikan semua hutang-pemiutang dalam masa 2 tahun

Saya dan isteri ingin menyelesaikan segala hutang-pemiutang dalam masa 2 tahun,sebab nanti bila kita dah selesaikan hutang.Kita boleh kumpul aset dan melabur di tempat yang sepatutnya.Gandakan pendapatan!!

Target #2 Konsisten dalam bisnes
Kami akan konsisten dalam bisnes 6 bulan pertama dan terus konsisten.Untuk ubah mindset kita bukan senang,perlu masa.Sebab mindset perkerja kita dah sebati dalam diri kita.Jadi kita kena ubah mindset kita sebgai BOSS.

Target #3 Simpan aset sebagai motivasi diri

Sebagaimana yang kita tahu ekonomi sekarang dah tak macam dulu,zaman nenek moyang kita.Kalau nak beli gula,beras 10sen,20sen.Nah..sekarang memang berbeza dan tenyata berbeza.Macam mana nasib kita nanti dan masa depan kita.Caranya kita menyimpan dan menyimpan ditempat yang sepatutnya dan kumpulkan β€œASET PENTING.dsb macam emas,duit atau apa saja asalkan kita mampu.

Tiga target 2015 besar kami suami isteri dalam tahun ini.Moga apa yang kami impikan dan apa yang kami harapkan dapat dilaksanakan denganΒ  baik.Dan juga moga impian para pembaca dalam 2015 diperkenankan olehNYa.Aminn..

Jamil Md sah

07 Januari 2015Β 

Port Klang,Selangor

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s