Dana untuk Pengajian Islam (Madrasah Riyadhussolihin)

Alhamdulillah,segala puji-pujian bagi Allah..Saya dah selamat sampai ke kampung halaman, sabtu lalu.Best sangat bila kita dah jumpa parent tercinta & sahabat handai disini.Maklumlah dah lama tak balik kampung.Jadi semasa saya berada di kampung saya terlihat satu pembangunan Madrasah Riyadhussolihin Al-Othmaniah Sg.Bayor masih dalam pembinaan.Tetapi aktiviti Madrasah telah mula dijalankan seperti pengajian dan solat.

DSC03667

Semasa saya berada dikampung saya sempat berjemaah di Madrasah berkenaan.Saya melihat sendiri keadaan Madrasah berkenaan.Alhamdulillah,rata-rata kebanyakkan penduduk disini semua sporting.Sambil-sambil bersembang kami bersembang tentang ilmu islam.Visi tujuan Madrasah ini didirikan untuk Melahirkan Ilmuan-ilmuan Islam yang berperanan membangunkan & meninggikan agama ALLAH.

DSC03670

 

Saya memamg sangat gembira dengan pembangunan sebegini,tambah pula dekat dengan rumah saya yang saya anggarkan dalam 1 kilometer dari rumah.Kos pembangunan Madarasah & pondok pengajian masih memerlukan dan sebanyak RM 500,000.00 & pembinaan sedang giat dijalankan.

DSC03675

DSC03640

Sempat lagi saya berkenalan dengan Pengurusi Madrasah Riyadhussolihin.Iaitu Uztaz Mohd Yusri (Tengah) & bersama anak-anak murid beliau.Mereka sangat sporting & tak lokek untuk kongsikan ilmu bersama.Alhamdulillah,ditemukan insan-insan yang hebat seperti mereka.

Saya sempat pusing-pusing dikawasan ini yang masih dalam proses pembinaan.

DSC03658

DSC03659

Sumbangan & dana masih diperlukan untuk pembinaan Madrasah & pondok.Dijangka tidak lama lagi pelajar akan masuk bagi menghidupkan suasana Madrasah & pondok.

Kurikulum kokurikulum
1.Sistem pengajian sepenuh masa 1.Silat
2.Kaedah pengajaran Alquran&Hadis 2.Tarbiyyah Islamiyyah Amaliah
3.Sistem pengajian talaqi 3.Latihan kepimpinan
4.Tasawwur dan sejarah Islam 4.Latihan kekeluargaan
5.hafazan kitab-kitab matan ilmu 5.Riadah dan Rekriasi
6.latihan muhadorah 6.Amal shabab/walad
7.pengajian berpusatkan guru 7.Amal nisa’/banad

Sumbangan & waqaf boleh dilakukan di atas nama

NAMA: MADRASAH RIYADHUSSOLIHIN AL-OTHMANIAH SG BAYOR
NO AKUAN: 5582115122164 (MAYBANK)

Jika ada makluman atau sebagainya boleh hubungi:-

Ustaz Yusri Bin Abdullah (013-4764667) Boleh klik dinama beliau untuk add facebook.

Ustaz Ramly Bin Mahmood (019-5449968)

Cikgu Mustafa Bin Yusof (016-5001787)

Sama-sama kita infaq sedikit harta kita untuk pembangunan islam.Dan InsyaALLAH akan menjadi saham kita diakhirat nanti.Hebatnya bersedekah/infaq ke jalan Allah sangat luar biasa.

Dari Ibn.Umar telah berkata: Rasulullah S.A.W telah bersabda : “Sesiapa yang membina rumah ALLAH walaupun sebesar sarang burung layang-layang di dunia ini nescaya ALLAH S.W.T akan membina sebuah mahligai di dalam syurga.

(Riwayat Abu Daud)

Moga-moga sumbangan yang kita berikan dapat menjana saham diakhirat nanti.Alhamdulillah segala puji-pujian bagiNya,yang menemukan insan-insan hebat seperti anda.Bila kita memberi manfaat terhadap orang lain,InsyaALLAH manfaat yang besar yang Allah berikan pada kita tanpa disangka-sangka.

Mohammad Jamil

19/Febuari/2015

Port Klang,Selangor 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s