Sabar dalam bussiness

Sabarlah hati memang selalu terngiyang-ngiyang dalam hati kita.Memang selalu kita dengar ibu kita cakap “Sabar ye ame,mak tak dapat belikan lagi nanti yea”  “nak..juga nak juga (Menangis sendiri).Dari kecil lagi kita dah diasuh dengan sikap sabar tapi hakikat ‘sabar’ yang sebenar sangat luas.

Prinsip ‘Sabar’ susah kita nak tanam dalam diri tetapi kita kena usaha sekuatnya untuk usaha jadi penyabar sebab :-

Kesabaran merupakan ciri orang yang kuat. Rasulullah SAW pernah menggambarkan dalam sebuah hadits; Dari Abu Hurairah ra berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda,”Orang yang kuat bukanlah yang pandai bergulat, namun orang yang kuat adalah orang yang memiliki jiwanya ketika marah.”

(HR. Bukhari)

DSC00244

 

Nak jadi orang yang kuat tak susah & tak juga senang.Yang penting diri kita sendiri yang jadikan kita sebagai orang sabar atau sebaliknya.Dalam business juga banyak mengajar kita sabar.Adakah kita mahu kaut untung semata-mata atau kita memberi maanfat kepada orang lain melalui business kita.Itulah target kita sebenar.

Target sabar dalam business

#1 Tulis impian kecil kita sebelum target impian besar.

Tulis impian kita dalam satu nota/buku,dengan kita tulis kita rasa yang kita akan target impian yang kita nak.Dan selalu baca balik bila kita rasa down dalam bussines,baru hati kita tak tersasar.Boleh konsisten sabar.

#2 Sentiasa sabar dalam ilmu & sentiasa belajar.

Segenlintir daripada kita tak mahu belajar & “Tangkap muat” je dalam bussiness. Buat-buat tahu dalam bussiness sangat bahaya.Banyakkan membaca & praktikkan ilmu.Ilmu kenal pelanggan,ilmu kenali prospek & cara promosi produk dengan betul.Taip dekat pakcik “Google” pun kita dah boleh belajar.SifuAds/Irfan Khairi/Azizan Osman & Azizi Ali.Mari kita sama-sama belajar.

 #3 Cari mentor yang dapat bimbing kita.

Cari mentor yang tepat juga penting dalam bussines.Sebab ada satu ketika kita akan down & masa ini kita recharge balik unsur-unsur negative.Rujuk dengan mentor kita macam mana boleh konsisten dalam bussines.Konsisten dalam bussines perlu kesabaran yang tinggi.Semakin kita belajar & cari bussines sebenar semakin kuat sabar kita dalam bussines.

#4 Ingat pada Tuhan.

Allah adalah tempat kita mengadu kerna dia yang lebih memahami kita & menciptakan kita.Ingat padaNya sebab Allah yang Maha Memberi Rezeki.Setelah apa yang kita usaha.Kita bertakawal & berserah.InsyaALLAH,Allah akan memberi rezeki pada kita buka saja harta tapi rezeki ilmu dalam bussines.

Sedikit tips & perkongsian daripada saya,semoga bemanfaat dan memberi keyakinan kepada kita.Yang lebih daripada Allah,yang kurang daripada saya sendiri

Mohammad Jamil

12/March/2015

Port Klang,Selangor

Advertisements

Dana untuk Pengajian Islam (Madrasah Riyadhussolihin)

Alhamdulillah,segala puji-pujian bagi Allah..Saya dah selamat sampai ke kampung halaman, sabtu lalu.Best sangat bila kita dah jumpa parent tercinta & sahabat handai disini.Maklumlah dah lama tak balik kampung.Jadi semasa saya berada di kampung saya terlihat satu pembangunan Madrasah Riyadhussolihin Al-Othmaniah Sg.Bayor masih dalam pembinaan.Tetapi aktiviti Madrasah telah mula dijalankan seperti pengajian dan solat.

DSC03667

Semasa saya berada dikampung saya sempat berjemaah di Madrasah berkenaan.Saya melihat sendiri keadaan Madrasah berkenaan.Alhamdulillah,rata-rata kebanyakkan penduduk disini semua sporting.Sambil-sambil bersembang kami bersembang tentang ilmu islam.Visi tujuan Madrasah ini didirikan untuk Melahirkan Ilmuan-ilmuan Islam yang berperanan membangunkan & meninggikan agama ALLAH.

DSC03670

 

Saya memamg sangat gembira dengan pembangunan sebegini,tambah pula dekat dengan rumah saya yang saya anggarkan dalam 1 kilometer dari rumah.Kos pembangunan Madarasah & pondok pengajian masih memerlukan dan sebanyak RM 500,000.00 & pembinaan sedang giat dijalankan.

DSC03675

DSC03640

Sempat lagi saya berkenalan dengan Pengurusi Madrasah Riyadhussolihin.Iaitu Uztaz Mohd Yusri (Tengah) & bersama anak-anak murid beliau.Mereka sangat sporting & tak lokek untuk kongsikan ilmu bersama.Alhamdulillah,ditemukan insan-insan yang hebat seperti mereka.

Saya sempat pusing-pusing dikawasan ini yang masih dalam proses pembinaan.

DSC03658

DSC03659

Sumbangan & dana masih diperlukan untuk pembinaan Madrasah & pondok.Dijangka tidak lama lagi pelajar akan masuk bagi menghidupkan suasana Madrasah & pondok.

Kurikulum kokurikulum
1.Sistem pengajian sepenuh masa 1.Silat
2.Kaedah pengajaran Alquran&Hadis 2.Tarbiyyah Islamiyyah Amaliah
3.Sistem pengajian talaqi 3.Latihan kepimpinan
4.Tasawwur dan sejarah Islam 4.Latihan kekeluargaan
5.hafazan kitab-kitab matan ilmu 5.Riadah dan Rekriasi
6.latihan muhadorah 6.Amal shabab/walad
7.pengajian berpusatkan guru 7.Amal nisa’/banad

Sumbangan & waqaf boleh dilakukan di atas nama

NAMA: MADRASAH RIYADHUSSOLIHIN AL-OTHMANIAH SG BAYOR
NO AKUAN: 5582115122164 (MAYBANK)

Jika ada makluman atau sebagainya boleh hubungi:-

Ustaz Yusri Bin Abdullah (013-4764667) Boleh klik dinama beliau untuk add facebook.

Ustaz Ramly Bin Mahmood (019-5449968)

Cikgu Mustafa Bin Yusof (016-5001787)

Sama-sama kita infaq sedikit harta kita untuk pembangunan islam.Dan InsyaALLAH akan menjadi saham kita diakhirat nanti.Hebatnya bersedekah/infaq ke jalan Allah sangat luar biasa.

Dari Ibn.Umar telah berkata: Rasulullah S.A.W telah bersabda : “Sesiapa yang membina rumah ALLAH walaupun sebesar sarang burung layang-layang di dunia ini nescaya ALLAH S.W.T akan membina sebuah mahligai di dalam syurga.

(Riwayat Abu Daud)

Moga-moga sumbangan yang kita berikan dapat menjana saham diakhirat nanti.Alhamdulillah segala puji-pujian bagiNya,yang menemukan insan-insan hebat seperti anda.Bila kita memberi manfaat terhadap orang lain,InsyaALLAH manfaat yang besar yang Allah berikan pada kita tanpa disangka-sangka.

Mohammad Jamil

19/Febuari/2015

Port Klang,Selangor 

Bonus!!!

Allahamdulillah,Segala puji-pujian bagi Allah,Awal-awal pagi kita bangun untuk mencari rezeki dariNYA.Pergi kerja pagi,balik petang,itulah rutin harian pagi-pagi bagi orang yang berkerja.Tup-tup hari ini,Alhamdulillah,setelah 2 tahun dalam akaun department, ini tahun ke 2 kali dapat BONUS.Bak kata orang sekarang DURIAN RUNTUH.Rasa lega & rasa puaskah kita dengan apa yang kita dapat.Apa yang patut.rasa syukur kepadaNya.

Kadan-kadang serba tak kena bila tengok akaun bank banyak $$$ ,apa aku nak buat dengan duit ini.Bayar hutang ke,belanja ke,nak beli itu ini.Fuhh,Berpinor-pinor mata kata orang perak.Check balik apa kita patot buat supaya duit yang kita belanjakan memuaskan hati kita.Walaupun nanti tinggal zero balik nanti (‘’,)

Manfaat sebaiknya apa yang kita dapat tak kiralah rezeki yang kita dapat dalam bentuk wang,kebahagian,keselesaan (Peace Of Mind) .Barulah lega rasa hati.

Manfaat #1 Infaqkan sedikit dalam ‘Durian Runtuh’ tak kira berapa kita dapat.Kepada surau,kepada orang susah atau apa saja yang kira rasa patut bagi.Sedekah adalah satu yang ALLAH janjikan akan mendapat balasan yang TERBAIK.Ajaibnya Sedekah

Manfaat #2 Simpan sikit duit yang kita dapat untuk kegunaan masa depan,atau simpan di Tabung Haji.Dapat jugak duit deviden.Dapat kita gunakan kalau ada kecemasan nanti.

Manfaat #3 Belanjakan duit ‘Durian Runtuh’ kita untuk orang yang kita sayang.Ibu bapa kita atau isteri/suami kita.(Bagi yang berkhawin) yang belum khawin baik belanja ibu bapa dulu.Kita bagi perhargaan bagi orang yang kita sayang,jadi rezeki kita lagi bertambah berkat.

Manfaat #4 Bayar hutang,mamanglah rasa berat sikitkan,tapi dah namanya hutang tetap hutang.Redha dengan duit yang berlalu berpergi.Selesaikan hutang semampu yang boleh.InsyaALLAH bila selesai hutang.Hati rasa tenang bagai dunia ana yang punya.

Alhamdulillah 4Manfaat yang saya dapat kongsikan,Moga kita sentiasa peka dengan apa yang kita belanjakan.Peringatan untuk diri saya dan para pembaca.Yang baik datang daripadaNYA,yang buruk diatas kesalahan saya sendiri.Moga kita sentisa mendapat ilmu yang bermanfaat.InsyaALLAH

Mohammad Jamil

20/Januari/2015

Port Klang,Selangor

Pontensi Diri Dalam Bisnes

Kenapa Perlu Berbisnes?

Bila kita fikir-fikir balik,sebab apa kita perlu berbisnes dan sebab kita kena berbisnes,sebab kita nak income beribu riban atau sekadar kita buat bisnes melepaskan batuk ditangga.Ramai yang ada keinginan untuk berbisnes tapi masih tunggu dan terus menanti.Tunggu orang lain yang berjaya.

Saya dah berbisnes sejak zaman kolej dulu lagi,Masa itu saya kenali satu bisnes yang dipanggil “L”.Punca nak bisnes sebab saya minat nak beli pelbagai barangan macam gajet & kereta macam orang lain.Teruja dengan apa yang ditawarkan saya terus join tanpa ilmu dan selidik latar belakang bisnes tersebut.Last sekali berkubur macam tu je.

Tapi saya masih tak putus asa.Lepas habis belajar,kononnya saya berbisnes sambil tu nak jaga parent.Saya join bisnes “I D” yang register hanya Rm 100 sahaja tanpa produk tapi perlu cari orang.Tapi kecundang ditengah jalan.

Saya dah down tapi saya masih berminat dengan bisnes,barulah saya sedar bisnes tanpa ilmu dan kenali pontesi diri terlebih dahulu punca saya gagal dalam bisnes.Bila check balik sebab dan musababnya kenapa perlu berbisnes.barulah saya faham.Kita berbisnes bukan kepentingan diri sendiri tapi kerana kepentingan orang lain juga.Jujur,sabar dan amanah kena ada dalam diri kita untuk kita terus maju.

Bisnes Bermanfat Untuk Orang Lain.

Kita nak berjaya dan maju dalam bisnes,kita kena rasa apa yang orang lain rasa dan fahami situasi seseorang,contoh seseorang tu nak join “under kita” bisnes sebab status kewangan yang tak menentu.Kita kena faham dulu kehendak seseorang untuk berbisnes dan bukan sebab dorongan emosi.

 Sifat sabar kena ada dalam bisnes,dan bagi saya sifat ini adalah paling utama dalam bisnes.Dan jadikan sabar sebagai tulang belakang dalam diri kita,sebab bisnes ada turun dan ada juga naik.Bila dah rasa down cepat-cepat kita check apa impian kita.Dan tulis impian kita supaya dapat bagi motivasi dalam diri kita.

Untuk Terus Maju Dalam Bisnes

Target #1 Belajar bergaul dengan orang yang dah berjaya dalam sesuatu bisnes.Sebab kita akan dapat rahsia yang amat bernilai atau kunci kita untuk berjaya dalam bisnes.

Target #2 Belajar perkara asas dalam sesuatu bisnes,contoh kita nak buat bisnes kek coklat,kita beli buku dan belajar pekara asas dulu.Sebab dari situ kita tahu dan sedar macam mana nak kembangkan bisnes.Ilmu itu penting untuk kita supaya kita tak tersesat dalam bisnes.

Target #3 Selalukan diri untuk pergi bengkel bisnes,seminar macam Dr azizan,irfan khairi atau sebagainya.Tengok CD atau video orang-orang yang berjaya dalam bisnes.Sebab kita akan dapat aura yang sangat best.

Target #4 Selalu kita upgradekan diri kepada tuhan kita.Jaga solat dan takawal dengan apa yang kita dah usahakan.InsyaAllah suatu hari nanti kejayaan pasti milik kita dengan izinNYA.

Sedikit sebanyak perkongsian dan pengalaman saya.Moga  kita sentiasa upgradekan diri kearah yang lebih baik.Yang baik datang dariNYa,yang kurang datang dari saya sendiri.

Wallahualam….

Jamil Md sah

11 Januari 2015 

Port Klang,Selangor

Target Dan Misi 2015

Segala puji-pujian bagi Allah,Perginya 2014 membawa perubahan yang terkesan dalam diri kita,Sama ada kita sedar atau tidak.Tahun 2015 telah datang kepada kita,adakah membawa perubahan dalam diri kita atau sebaliknya.Cuba kita refersh balik apa yang kita dah capai dan belum.Kita rasa dah boleh tick atau belum apa yang kita dah capai dalam 2014.

Banyak jugak pengalaman manis dan pahit yang saya bersama isteri dah lalui.Ibu mentua saya sakit pada awal Januari 2014.Onthespot terus balik kampung sebab risaukan keadaan
ibu mentua.Semua satu keluarga balik.Haru biru rasanya.

Sekejap masa berlalu dengan pantas,dalam tahun ini juga kami suami isteri bertekad untuk mulakan bisnes dengan produk kesihatan.Saya ingat lagi masa tu bulan puasa kami betekad untuk menukarkan status kewangan kami kearah lebih baik.Selesaikan semua pemiutang yang ada.

Bulan 4 2014 tarikh aniversry bersama isteri tercinta.Tak pernah buat makan-makan macam
ni.Ala-ala romatis.Untuk semaikan cinta kami suami isteri.Baru berusia 2 tahun perkhawinan kami.Moga kami terus tabah,sabar dan berusaha kearah keredhaanNya.

DSC00302

Target 2015

Bila kita dah sampai tahun baru semestinya kita ada azam baru dan cita-cita baru.Mungkin 2014 banyak yang kita dah belajar dan berfikir apa perubahan yang kita mesti buat.Kita masih ditakuk yang sama atau sebaliknya.Jadikan kita istimewa,sebab tuhan ciptakan kita ada kelebihan dan kelemahan tersendiri.Jadi tahun ini 2015 ini target saya.

Target #1 Selesaikan semua hutang-pemiutang dalam masa 2 tahun

Saya dan isteri ingin menyelesaikan segala hutang-pemiutang dalam masa 2 tahun,sebab nanti bila kita dah selesaikan hutang.Kita boleh kumpul aset dan melabur di tempat yang sepatutnya.Gandakan pendapatan!!

Target #2 Konsisten dalam bisnes
Kami akan konsisten dalam bisnes 6 bulan pertama dan terus konsisten.Untuk ubah mindset kita bukan senang,perlu masa.Sebab mindset perkerja kita dah sebati dalam diri kita.Jadi kita kena ubah mindset kita sebgai BOSS.

Target #3 Simpan aset sebagai motivasi diri

Sebagaimana yang kita tahu ekonomi sekarang dah tak macam dulu,zaman nenek moyang kita.Kalau nak beli gula,beras 10sen,20sen.Nah..sekarang memang berbeza dan tenyata berbeza.Macam mana nasib kita nanti dan masa depan kita.Caranya kita menyimpan dan menyimpan ditempat yang sepatutnya dan kumpulkan “ASET PENTING.dsb macam emas,duit atau apa saja asalkan kita mampu.

Tiga target 2015 besar kami suami isteri dalam tahun ini.Moga apa yang kami impikan dan apa yang kami harapkan dapat dilaksanakan dengan  baik.Dan juga moga impian para pembaca dalam 2015 diperkenankan olehNYa.Aminn..

Jamil Md sah

07 Januari 2015 

Port Klang,Selangor

Senang ke bussiness dengan online

Memang ramai diantara kita sentiasa mencari peluang untuk buat biz online macam-macam cara kita buat.Tapi takutt lahh ramai sangat yang buat biz online ni.Takuttt.Jangan sesekali kita tanam sifat macam ni dalam diri kita.YOU ARE SPECIAL…Ya kita ni istimewa..Kenapa tak percaya..kita kena anggap semua tu cabaran dalam hidup kita.Tak senang & tak jugak susah nak buat biz online
tapi kena ada seni dan ada cara tersendiri.

Jadi kenapa kita buat biz online,antara pendorong utama

* Banyak hutang(Credit card,Personal loan)

* Cari duit lebih (side Income)

* Savings untuk diri atau keluarga

* Kehendak atau minat

Memandangkan ekonomi kita semakin meningkat kita kena ada alternatif lain untuk kita cara duit lebih.Jadi bizlah jawapannya.Ramai yang dah tahu 9/10 punca rezeki dari perniagaan.Tapi ramai
yang tak pegang”TITLE” ni betul.Sayang seribu kali sayang.

Disini saya nak tunjuk cara & jalan buat biz dengan baik & kosisten.Boleh dapat Rm 500 – 1000 setiap minggu dan BONUS setiap bulan 1000k-5000k.Wooww..banyak tu.Tapi macam mana nak
start.InsyaAllah saya akan tunjukkan cara dari A – Z .Selebihnya kerajianan & usaha anda menjadi
tonggak kejayaan.

10635907_10202769186010730_6043949562019226415_n
Ikhlas dari saya Mohammad Jamil
016-6138737

My Page

Assalamualaikum,Kenali diri yang menulis Posting ini ialah Mohammad Jamil berasal dari Negeri sembilan dan membesar ditanah Perak Darul Ridzuan.Seseorang Suami kepada Siti Noor Kamisah
dan seorang Anak kepada Halimah Bt Kassim & Mat Jamal b Abdul Hamid.Minat yang mendalam terhadap Photography dan juga pada bussiness.Alhamdulillah dah 23 tahun dimuka bumi ALLAH ini.Moga dengan harapan dan impian akan terlaksana cerita dihati.

Salam Ikhlas jamil

IMG_16511777860968